Sumber:  
http://militaryofmalaysia.net/2014/03/misteri-bin-ajaib-mas-mh370-story/
 
NOTA PENULIS : INI ARTIKEL TERAKHIR SAYA KETIKA HANGATNYA ISU MH INI,
1. Saya sudah update blog saya pada 11 Mac,
 apa yang saya tulis dalam artikel pesawat MH370 sebelum ini memberi 
manifesasi kepada pembaca bahawa kononnya pesawat telah jatuh sebab 
ditarik masuk oleh dimesi lain, kalau di baca pada artikel itu, tidak 
ada satu ayat pun yang merujuk kepada perkara tersebut.
2. Pada perenggan 4, artikel lama tersebut, saya memberitahu bahawa saya menolak semua teori yang menyatakan bahawa pesawat sudah dirampas, juruterbang melarikan pesawat atau buat tindakan tidak masuk akal.
3. Yang saya silap ialah pada peringkat awal saya mengaitkan jatuhnya MH370 disebabkan kena tembak dengan peluru berpandu atau perbuatan sabotaj macam letupan bom (anda boleh merujuk kepada perenggan 2 artikel itu).
4. Tidak ada sebutan pun yang menyatakan ia jatuh disebabkan tarikan kuasa ghaib.
5. Di sini, peranan saya bermula dalam 
Facebook apabila memainkan penanaman program atau kawalan,brainwashing ,
 thought reform ke dalam minda dengan memasukkan unsur-unsur ghaib, apa 
pun, laman Facebook adalah bersifat peribadi (Bolehlah mengarut sedikit 
pasal ia bersifat peribadi)
6. Kerana saya tahu orang Melayu 
khususnya suka dan minat kepada perkara mistik, tapi jangan salah 
sangka,semua pengalaman mistik yang saya ceritakan dalam Facebook adalah
 pengalaman sebenar.
7. Hasilnya dalam sekelip mata, ramai 
yang menjadi “freind” saya dan ini akan membantu keadaan blog yang 
merundum akibat masalah “Bandwith Limit” sampai orang ingat blog saya 
sudah ditutup, jadi untuk sementara boleh akses dr FB lah..
8. Ini sekaligus akan menyelesaikan 
masalah kegagalan enjin pencari Google untuk mengesan blog saya 
(kerana kemudahan bot crawler untuk enjin pencari saya sudah 
nyahaktifkan).
9. Sekaligus ini akan menyelesaikan 
masalah “Bandwith Limit” yang selalu blog saya hadapi (saya haraplah 
kerana untuk menambah Bandwith memerlukan wang)
TEORI KENA HIJACK TIDAK BOLEH DITERIMA
10.Orang kata pesawat ini sudah 
dirampas…sedarkan saudara sekelian bahawa selepas insiden 9 September 
yang menyebabkan World Trade Centre tumbang, semua pintu kokpit pesawat 
diperkukuhkan dengan bahan kalis peluru dan umpil, ia juga dilengkapi 
dengan sistem kekunci kod dan kamera litar pintas. Ia hanya boleh dibuka
 dari dalam.
11.Jika perampas mahu membawa pesawat 
kemana-mana lapangan terbang dalam sesebuah negara, Air 
Traffic Controller dengan kebenaran jabatan penerbangan negara tersebut 
mempunyai hak untuk tidak membenarkan pesawat yang dirampas mendarat 
walaupun untuk mengisi minyak (Ini ada disebut dalam peraturan Federal 
Aviation Federation dan pernah berlaku apabila pesawat Mas yang dirampas
 tidak diizin mendarat oleh Jabatan Penerbangan Singapura di Paya Lebar 
untuk mengisi minyak dan kemudian terhempas di Tanjung Kupang, Johor 
tahun 70an).
12.Adakah negara-negara yang dituduh 
berpakat dengan pengganas seperti Russia dan China sanggup 
berdepan dengan masyarakat dunia dengan terbabit dalam insiden rampasan 
seperti ini? Tambahan pula tidak ada tuntutan yang dibuat selepas masuk 
hari kelima atau keenam pesawat dirampas?
13.Kemudian ada teori yang menggunakan 
alasan radar jammer  untuk tujuan “menculik” pesawat tersebut, saya 
tidak kata mustahil dan boleh berlaku tetapi tidak ada sebab atau 
objektif untuk senario ini dipakai dalam insiden MH370.
14.Hakikat sebenarnya pesawat hilang dari radar disebabkan, ia sudah jatuh terhempas. Itu sahaja.
15.Pesawat MAS seperti MH370 dari jenis 
Boeing 777 mempunyai kapasiti untuk mengisi minyak yang mampu bertahan 
selama 11 atau 13 jam penerbangan.
16.Bagaimanapun untuk penerbangan dari 
Kuala Lumpur ke lapangan terbang Beijing, China, secara kebiasaanya akan
 diisi dengan separuh tangki bergantung kepada laluan dan jarak 
penerbangan.
17.Dalam senario MH370 ini, penerbangan 
mengambil masa selama lebih kurang lima jam, jadi bahan api yang 
diisi adalah mencukup untuk lima atau enam jam penerbangan termasuk 
minyak tambahan untuk sejam atau dua jam penerbangan sebagai tindakan 
kecemasan.
18.MAS atau mana-mana syarikat 
penerbangan antarabangsa yang mengambil laluan jarak jauh 
tidak mengamalkan polisi mengisi minyak penuh kerana ini akan 
membebankan pesawat dan akan meningkatkan kos bahan api (lebih berat, 
lebih banyak bahan api dibakar).
19.Pesawat untuk laluan jarak jauh akan 
mengambil langkah untuk mengisi minyak atau refuelling di 
destinasi ketibaan sebelum balik semula ke Malaysia.
20.Jadi, untuk sebuah pesawat dengan 
minyak yang boleh bertahan maksima enam jam sahaja, ia tidak akan mampu 
terbang ke pulau Diego Garcia atau Mongolia.
SEBAB-SEBAB TERHEMPAS
21.Tidak ada orang pun mampu memberikan 
jawapan ini, pembaca seperti anda termasuk saya boleh mencipta pelbagai 
teori tetapi sebarang hipotesis harus ada pembuktian dan ketika ini, 
bukti sedang berada di bawah laut dengan kedalaman di antara 300 ke 
1,000 meter.
22.Kita ambil teori yang paling ringan 
iaitu kerosakkan sayap MH307, inilah teori yang paling tidak ekstrem 
tetapi tidak suka disentuh orang kerana tidak ada “aksi” atau elemen 
konspirasi.
23.Pesawat dilaporkan pernah mengalami kemalangan di lapangan terbang Shanghai, China pada tahun 2012 pada bahagian sayap.
24.Walaupun sudah dijamin selamat dan 
lulus untuk terbang seperti yang disahkan oleh Ketua Pengawai 
Eksekutif Malaysia Airlines Ahmad Jauhari Yahya, kita tahu bahawa 
“kredibiliti” pesawat ini sudah tercalar.
25.Saya berpendapat, selepas terbang 
melebihi ketinggian 30,000 kaki dan mengalami beratus-ratus kali 
penerbangan, kemungkinan sayap pesawat yang pernah rosak dahulu telah 
mengalami keretakan sehingga menjejaskan penerbangan dan membahayakan 
pesawat.
26.Selepas dua tahun kemalangan berlaku,
 saya tidak pasti jika pihak Boeing atau MAS ada membuat ujian kedua dan
 ketiga untuk menguji integreti struktur sayap yang rosak atau integriti
 sambungan sayap kepada badan akibat kemalangan pada tahun 2012 
tersebut.
27.Dengan kelajuan yang mungkin telah 
mencecah lebih kurang 900 kilometer sejam dan dengan tekanan udara yang 
sangat tinggi, keretakan pada sayap pesawat yang pernah rosak ini 
mungkin telah berlaku lagi.
28.Tanpa sempat berbuat apa-apa termasuk
 panggilan kecemasan, pesawat barangkali telah mengalami penurunan 
mendadak sebanyak 10,000 ke 20,000 kaki dari ketinggian 30,000 (berpunca
 kepada kerosakkan sayap pesawat/patah/bengkok or what ever).
29.Penurunan mendadak ini yang disokong 
oleh tujahan enjin jet mampu menyebabkan pesawat mengalami daya tekanan 
graviti yang tinggi sehingga lebih daripada 5g.
30.Kita juga tahu bahawa daripada radar 
pihak tentera, pesawat dilihat seperti berpusing tetapi kita tidak 
tahu radius pusingan pesawat.
31.Kalau pusingannya ketat, kita tahu 
bahawa kemungkinan besar pesawat telah membuat “Sudden Maneuver” yang 
terhasil dari tujahan enjin yang terjejas dari salah satu sayap pesawat 
yang bermasalah.
32.Soalnya kalau benar pesawat telah 
membuat pusingan balik, sudah tentu juruterbang akan 
memaklumkan sebab-sebab beliau berbuat demikian dan jika berada dalam 
keadaan kecemasan seperti rampasan pesawat, juruterbang masih mampu 
menghantar amaran tetapi kalau keadaan sudah mencapai tahap gawat 
seperti daya hentaman g pada tubuh badan, juruterbang 
akan kaku dan melekat pada kerusi akibat penurunan darah yang mendadak 
sehingga otot menjadi kejang.
33.Seorang manusia akan mengalami 
pengsan pada tahap 2g atau 3g ke atas dan integriti pesawat mungkin akan
 terjejas jika ia mengalami tekanan 6g ke atas, bayangkan ini hanyalah 
pesawat awam atau penumpang yang bukan direka untuk bertahan dari 
tekanan g yang tinggi seperti pesawat atau juruterbang pejuang.
34.Penurunan mendadak ini ditambah 
dengan kelajuan yang tinggi mungkin telah menyebabkan sindrom apa 
yang kita namakan sebagai “G-LOC atau G-force induced Loss Of 
Consciousness) sehingga boleh menyebabkan juruterbang atau penumpang 
pitam untuk beberapa saat (bergantung kepada kekuatan tubuh) atau 
beberapa minit.
SEBAB-SEBAB TEORI TERRORISME/HIJACKING  DIPOPULARKAN AMERIKA SYARIKAT
35.Kita sedia maklum bahawa pesawat tersebut merupakan produk buatan Amerika Syarikat (AS)
36.Pesawat milik Malaysia Airlines itu 
baru berusia 11 tahun dan masih ada jaminan 14 tahun lagi oleh 
Boeing (Setiap sebuah pesawat komersil diberi jaminan 25 tahun).
37.Terhempasnya pesawat ini jika terbukti disebabkan kerosakkan teknikal akan menyebabkan reputasi Boeing jatuh teruk.
38.Boeing pula sedang menerima saingan sengit dari pembina pesawat komersil Peranchis iaitu Airbus.
39.Kuasa besar seperti AS akan 
menggunakan apa sahaja termasuk kekuatan medianya untuk 
menjaga kepentingan negaranya dan dalam hal ini, AS mungkin sedaya upaya
 cuba meletakkan tanggungjawab kepada Malaysia dengan mengaitkan dengan 
kelemahan piawaian keselamatan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).
40.Malangnya….media Malaysia termasuk 
sebahagian besar rakyat negara ini termakan dengan teori 
ini hijack/rampasan/pengganas ini hanya berdasarkan laporan passport 
yang hilang (Passport hilang atau palsu ini digunakan oleh macam-macam 
orang, agen perisik, pengedar dadah, mereka yang bangkrup dan bukan 
perampas pesawat sahaja).
41.Jika terbukti bahawa kemalangan 
berpunca disebabkan kelemahan integriti sayap pesawat yang telah dibaiki
 dan dijamin oleh Boeing, bayangkan berapa banyak kerugian dari insuran 
dan ganti rugi yang terpaksa di bayar oleh syarikat penerbangan itu.
42.Ketika artikel ini ditulis, saham 
Boeing sedang jatuh menjunam dan syarikat itu melalui pesawat 
model terbarunya iaitu 787 Dreamliner sedang berhadapan dengan masalah 
pada struktur pesawat.
43.Untuk meletakkan tanggungjawab pada 
kerajaan Malaysia, AS demi untuk kepentingan dirinya akan 
cuba mengaitkan pengganas dengan MH370 dan kerana itu dengan pantas 
telah menghantar pegawai FBI dari kalangan pakar keganasan ke Kuala 
Lumpur.
44.Tindakan penghantaran FBI ini dibuat 
kerana AS bimbang, insiden kemalangan MH370 akan membantutkan pasaran 
pesawat terbaru Boeing dan kehadiran FBI memberikan imej palsu kepada 
pelanggan Boeing bahawa “Ini semua kerja terroris, our plane is safe”.
TEORI ALAM GHAIB “KICK IN” DAN KETIADAAN DEBRIS ATAU BAHAGIAN PESAWAT/PENUMPANG YANG  TERAPUNG
45.Bab ini paling susah nak jawab.
46.Entah macam mana, pesawat mungkin tidak terhempas dalam keadaan menjunam atau berpusing sampai badan pesawat tegak 90 darjah.
47.Ia mungkin terhempas secara glide 
atau mengelungsur (bab ini kuasa Allah, saya sukar hendak 
jelaskan) sebelum masuk ke dalam Laut China Selatan.
48.Kegagalan sistem penggera pada 
Blackbox atau kotak hitam juga menimbulkan satu misteri. Sistem ini 
yang mengaktifkan pemancar lokasi pada Blackbox sepatutnya berfungsi 
sebaik sahaja pesawat menghentam air (Bab ini juga saya serahkan kepada 
Allah)
49.Bagaimanapun secara teorinya, sistem 
ini hanya akan berfungsi apabila muncung pesawat menghentam air dalam 
kelajuan atau kederasan tertentu.
50.Jika ia berfungsi sekalipun, 
kemungkinan disebabkan keadaan air laut yang dalam, gelombang yang 
dipancarkan mungkin bersifat lemah dan gagal dikesan oleh mana-mana alat
 receiver dan ini terpakai untuk lain-lain sistem elektronik pada 
pesawat.
51.Berbalik pada teori alam ghaib (saya 
sebenarnya tidak tahu ayat apa yang sesuai dipakai). Menimbulkan 
satu keanehan, bagaimana pesawat boleh terhempas atau “Glide” 
seolah-olah seperti ada kuisyen lembut yang menahannya dari berkecai 
sehingga tiada kelihatan “debris” atau pecahan pesawat.
52.Melalui kebolehan orang-orang 
Malaysia dan Indonesia yang bermunajat kepada Allah, kelihatan pada 
mata kasyaf bahawa pesawat sudah berada di dalam laut dengan kedalaman 
di antara 300 hingga 1,000 meter.
53.Dalam keadaan demikian, suhu yang sejuk di dalam laut akan melambatkan proses pereputan.
54.Malah diberitahu oleh orang-orang 
ini, pesawat berada dalam keadaan yang O.K dan tidak hancur di 
dalam jurang yang agak gelap.
55.Fisulaj atau badan pesawat ada 
sedikit rosak, misalnya muncung pesawat rosak (saya jangka 
disebabkan hentaman ke dalam permukaan dasar laut), salah satu sayapnya 
patah.
56.Oleh kerana sebab-sebab sensitif, saya tidak mahu lagi menerangkan keadaan dalam pesawat.
57.Kita tidak boleh menolak pengaruh makhluk lain selain dari manusia kerana kita ini berkongsi alam.
58.Blog saya bukan sebuah paparan 
akademik atau ilmiah yang memerlukan setiap penjelasan dari lojik akal 
dan saya fikir, tidak perlulah kita merendah atau tertawa dan mengutuk 
kebolehan orang yang mampu melihat jauh ke dalam lautan dan 
berkomunikasi dengan makhluk-makhluk Allah ini yang turut membantu 
memberikan lokasi secara kasar kepada mereka yang telah bermunajat 
kepada Pencipta Alam Semesta ini.
59.Orang-orang itu bukan saya, tetapi 
sebahagian kecil dari mereka yang ada di Malaysia dan kiai-kiai 
pensantren agama di Indonesia yang membuat hubungan yang rapat dengan 
saya, dari mereka….saya titipkan artikel ini dan sebelumnya untuk kita 
sama-sama berkongsi ilmu baik perkara yang lojik mahupun tidak.
60.Saya seperti anda….dan apabila saya 
meminta saudara semua mengenali Allah melalui Ilmu Tauhid dalam 
laman Facebook, saya tidak maksudkan anda terus mendapat keajaiban 
tetapi kita belajar untuk kita mengenal Sifatnya, dan apabila kita 
faham…Insya Allah minda kita diberi kebolehan untuk memahami kejadian 
atau ilmu lain yang tidak diketahui. Saya rasa sangat sedih kerana 
seruan saya “bab belajar Tauhid/usuluddin/akidah” ini dijadikan bahan 
caci oleh mereka yang saudara seagama dengan saya dalam sebuah forum 
popular tanahair.
TIMBUL PESAWAT
61.Apa yang diberitahu oleh mereka ini 
kepada saya, pesawat dijangka timbul atau dalam bahasa lain akan dikesan
 dan diberi petunjuk mulai hari ini iaitu PENGHULU SEGALA HARI, hari 
Jumaat yang mulia ini.
62.Saya bukanlah mendahului sesiapa tetapi apa yang diberitahu, bermula hari ini, Sabtu atau Ahad, ia akan dilepaskan dari lingkaran ghaib yang melitupi pesawat atau setidak-tidaknya minggu hadapan.
63.Kemungkinan besar….ia ditemui oleh nelayan.
64.Bab lokasi saya tidak mengetahui 
secara tepat…saya difahamkan, di perbatasan negara…mungkin 
dalam sempadan laut Malaysia/Vietnam atau mungkin Malaysia/Siam.
APA PUN SEMUANYA KETENTUAN ALLAH…SAYA TIDAK MEMAKSA ANDA PERCAYA, MUNGKIN SAYA SILAP DAN MUNGKIN ANDA BENAR.