Wednesday, April 2, 2014

PESAWAT BUKAN DI DIEGO GARCIA

Sumber: http://militaryofmalaysia.net/2014/03/pesawat-bukan-di-diego-garcia-2/

NOTA PENULIS : INGAT MALAS NAK UPDATE TAPI BERSEMANGAT PULA. SAYA KENA INGATKAN SEKALI LAGI BAHAWA SEMUA INI HANYA FIRASAT ATAU ANDAIAN SAHAJA, ANDA DILARANG MENERIMANYA BULAT-BULAT KERANA MAKLUMAT YANG BENAR HANYA BOLEH DITERIMA DARI PIHAK BERKUASA SAHAJA. LAST UPDATE AKAN DIBUAT PADA 20 MAC.

  1. Ramai orang bertanya kepada saya jika kemungkinan pesawat mendarat di lapangan terbang Amerika Syarikat (AS) di kepulauan Diego Garcia, saya bagaimanapun berasa ia terlalu jauh untuk pesawat tersebut sampai.
  2. Pulau itu memang boleh menampung pesawat sebenar MH370 kerana landasan pulau tersebut yang sepanjang lebih dari 2 kilometer mampu menampung pendaratan kapal terbang pengebom B-52 milik AS.
  3. Satu lagi laporan yang saya dapat adalah, pesawat tersebut telah turun dari 30,000 kaki kepada 4,000 kaki, saya tidak tahu jika pesawat mengalami kerosakan atau memang sengaja dilakukan.
  4. Untuk membuat andaian Kapten Zaharie Ahmad Shah terlibat dalam satu konspirasi yang besar, itu bukan tugas saya dan saya fikir tidak patutlah kita buat begitu selagi kotak hitam tidak ditemui.
  5. Kapal terbang juga diberitahu terbang dalam keadaan kelajuan laju dan kemudian perlahan, jika pesawat terbang pada paras 4,000 kaki sudah tentu enjin terpaksa menggunakan kuasa yang banyak untuk mengekalkan ketinggian dan kestabilan pada paras tersebut iaitu tinggi di bawah Gunung Tahan yang mempunyai ketinggian 7,175 kaki.
  6. Bagaimanapun saya tidak rasa pesawat terbabit terpaksa membuat penerbangan “Terrain Hugging” untuk mengelak dari radar.
  7. Jika pesawat berjaya mengelak dari radar, sudah tentu ada satu kuasa lain yang mengetahui kedudukan-kedudukan dan kekuatan radar negara atau titik buta “blind spot” negara-negara seperti Indonesia, Thailand dan Malaysia.
  8. Jika ketiga-tiga negara ini masih juga gagal mengesan sebuah pesawat yang terbang rendah, nyatalah “Secondary surveillance radar” milik negara-negara tersebut tidak diletakkan dalam lokasi yang sesuai kerana “Secondary radar” ini biasanya berjarak pendek.
  9. Seseorang yang mempunyai maklumat ketenteraan dan kekuatan radar-radar ini sudah tentu boleh mengawal pesawat terbabit, ini tidak memerlukan konspirasi yang besar seperti penggunaan jammer dari kapal terbang “Awacs”.
  10. Selepas mengambil kira keupayaan minyak pesawat MH370 itu, saya andaikan pesawat tersebut tidak akan pergi sejauh Kazastan, India, Diego Garcia dan sebagainya.
  11. Paling kuat pesawat akan kehabisan minyak sekitar perbatasan Malaysia atau Thailand dan terhempas di sekitar kawasan berkenaan.
  12. Ini bertepatan dengan perenggan 64 artikel saya sebelum ini.

No comments:

Post a Comment